Kombo Program Palestin~buktikan anda PEDULI

0 Comments »
Tahukah anda, apa itu Lifeline 4 Gaza &
apa yang akan berlaku pada 15 Mei 2010?

'Lifeline 4 Gaza' atau 'Talian Hayat untuk Gaza' adalah kolaborasi antara NGO-NGO di Malaysia dalam suatu kempen antarabangsa untuk menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerusi jalan laut. Seperti yang umum ketahui, Gaza telah berada di bawah kepungan rejim Zionis sejak tahun 2007 lagi. Bermula dari detik hitam itu, hubungan Gaza dengan dunia luar t
elah terputus secara langsung. Keperluan-keperluan asasi penduduk Gaza juga telah disekat tanpa peri kemanusiaan. Justeru, Lifeline 4 Gaza adalah suatu inisiatif oleh NGO-NGO dari 17 buah negara untuk menghantar bantuan-bantuan kritikal yang diperlukan oleh penduduk Gaza. Sebanyak 20 buah kapal yang sarat dengan muatan bekalan asasi disasarkan menyertai misi ini. Kapal-kapal dijangka berlayar meninggalkan Turki pada 15 Mei 2010 dan bergerak secara konvoi sehingga ke perairan Gaza. Bagi memenuhi misi ini, aktiviti pengumpulan dana untuk membeli bekalan-bekalan keperluan yang akan dihantar ke Gaza sedang giat dijalankan. Program-program kesedaran juga sedang hangat berlangsung di seluruh tanah air.Antara program-program yang dianjurkan bersama dan dipromosikan oleh Aqsa Syarif untuk mencapai misi yang disebut di atas adalah:

Perhimpunan Perdana Palestin
Maklumat seperti yang tertera:


Charity Bazaar
Maklumat seperti dalam poster:


..Tunggu apa lagi? Ayuh kita meriahkan program-program di atas. Jangan lepaskan peluang! Sama-sama buktikan solidariti kita terhadap saudara-saudara yang jauh di mata tetapi dekat di hati.

-Sekali kapal berlayar, peluang takkan kembali-

0 Responses to "Kombo Program Palestin~buktikan anda PEDULI"

Post a Comment